Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 28-Mar-2008 02:28 Email | Share | Bookmark
Kem Jatidiri: Etiket Dlm Kepimpinan SK Pandan Jaya

Speak Out TMS dengan kerjasama Badan Pengawas dan Unit Bimbingan & Kaunseling SK Pandan Jaya telah berjaya menyempurnakan program Kem Jatidiri: Etiket Dlm Kepimpinan pada 28 & 29 Mac 2008 di Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sungai Congkak.









Disertai oleh 72 orang pemimpin pelajar, kem mensasarkan penerapan nilai kepimpinan sejati di samping suntikan motivasi dan membina keyakinan diri. Kem yang padat dengan aktiviti yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama cukup bermanfaat ini telah berjaya membimbing para peserta menjadi lebih berani, berdisiplin dan berfikiran lebih matang. Tidak lupa dengan nilai kerjasama kumpulan yang telah dipupuk sepanjang program ini berlangsung.









Alhamdulillah, para pelajar dan guru amat berpuas hati dengan program ini dan rata-ratanya memberikan lima bintang dalam komen yang disediakan.

Tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan program ini. All the best! Because leaders, you are the...?? BEST! BEST! BEST!

Testimonial

"Boleh menjadi lebih berani, bersemangat untuk memimpin dan aktivitinya membuatkan kami gembira."
ATIQAH AMIRA KAMAL

"Mencabar bagi semua orang dan boleh menjadi berani apabila membuat semua latihan di kem. Ia boleh menjadikan saya lebih bersemangat dan yakin pada diri saya."
NUR AQILAH MAHMOOD

"BEST. Kem ini memberi semangat pemimpin pelajar untuk saya. Ini adalah kali pertama saya pergi ke sebuah kem yang amat menyeronokkan! Terima kasih..."
SUWARNA LAKSHMI A/P RAMANATHAN

"Pendapat saya tentang kem ini ialah dapat berdikari dan dapat menjadi pemimpin yang cemerlang."
MUHD IMRAN B. MUHD IRWAN

"Program dan aktiviti yang menarik. Teruskan usaha yang murni untuk anak bangsa demi negara yang tercinta."
GURU PENGIRING, SKPJ


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net