Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-Apr-2008 09:00 Email | Share | Bookmark
Kem Jom Bijak Berbicara Kolej Profesional MARA, Melaka

Kolej Profesional MARA Melaka telah memberikan kepercayaan penuh kepada Speak Out AMPAC dalam membimbing dan melatih anak didiknya khususnya dalam bidang seni berkomunikasi. Menerusi modul unggul dan menarik Kem Jom Bijak Berbicara, Speak Out telah berjaya membawa 150 orang peserta ini menyusuri kepentingan dan kaedah berbicara dengan cemerlang.

Dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti menyeronokkan, kem ini telah merungkai rahsia untuk mengatasi ketakutan berbicara. Bukan sekadar secara teori malah pendekatan praktikal digunakan sepenuhnya untuk memastikan para peserta yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong.

Alhamdulillah, ramai di antara mereka yang pada mulanya agak pendiam, kurang yakin dan gemuruh akhirnya bertukar menjadi seorang yang berani dan yakin untuk berbicara. Dan bicara mereka pula ditunjangi teknik yang menyebabkan pendengar terpengaruh dan tertarik. Syukur kepada Ilahi kerana dengan kebenarannya, kem ini berjaya mencapai matlamat!

Terima kasih kepada semua! All the best! Ada rezeki, kita jumpa lagi!!

















Testimonial Peserta

"Bengkel ini amat menyeronokkan dan amat memberi kesan dalam minda dan jiwa saya. Program ini memberikan saya kekuatan untuk berhadapan dengan penonton. Saya amat berpuas hati dengan program ini." (5 bintang)
NUR SYAKIRAH BT CHE DAUD
Diploma in Entrepreneurship

"Bagi saya bengkel komunikasi ini sangat menarik dan berbeza sekali dari seminar-seminar yang pernah saya hadiri. Banyak pengetahuan diperoleh dan saya sangat enjoy ketika seminar dijalankan." (5 bintang)
NURUL AZNIYANTI BT ZULKIFLI
Diploma in Business Study

"Program ini memang betul-betul seronok...Kalau boleh buat lagi. Program ini membolehkan saya berani untuk bercakap. Selama ini saya kurang berani nak cakap depan khalayak ramai." (4 bintang)
NURUL SYAZWANI BT. MD ZAKI
Diploma in Accountancy

"Bengkel ini berjaya menyelesaikan masalah yang saya hadapi iaitu masalah untuk berucap di hadapan orang ramai. Diharapkan bengkel ini dapat diteruskan sampai bila-bila. InsyaAllah." (5 bintang)
MUHAMMAD AZRAI B. AHMAD HAJAZI
Diploma in Entrepreneurship


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net