Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-May-2008 07:30 Email | Share | Bookmark
Kem Brilliant Students SK Leftenan Adnan

Buat julung-julung kalinya, Speak Out TMS mengadakan Kem Brilliant Students dan kali ini bersama dengan para pelajar darjah 4 dan 5 SK Leftenan Adnan. Kem yang dijalankan selama dua hari ini (5 & 6 Mei 2008) juga merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Leftenan Adnan.

Dihadiri oleh 330 orang peserta, kem ini telah berjaya membimbing peserta menguasai teknik cemerlang dalam belajar. Mengenali ciri-ciri pelajar kecundang dan menyelami nilai-nilai diri Brilliant Students, kem ini turut mengajar teknik membaca dan menghasilkan nota yg mudah diingat dan dihasilkan.

Pelbagai lagi aktiviti menarik dan unik dijalankan sepanjang kem ini diadakan. Dan impaknya, pada hari kedua, sudah ada para pelajar yg mengikut salah satu kaedah Brilliant Students iaitu bangun seawal 5.30 pagi. Tahniah untuk semua!

Mudah-mudahan kem ini bakal membantu para peserta dalam menjadi pelajar yg cemerlang. Go Brilliant Students!











Testimonial Peserta

"Kem Brilliant Students ini memang bagus dan best kerana ia dapat mempelajari bagaimana mahu membuat peta minda, tips menjawab peperiksaan, senaman dan pelbagai lagi. Saya harapkan "Kem Brilliant Students" diadakan lagi." (5 BINTANG)
NUR IWANI NAJWA BT ROZLAN

"Kem Brilliant Students ialah kem yang paling best di antara kem yg pernah saya jalani. Harap datang lagi. Kem Brilliant Students best sangat!" (5 BINTANG)
EILISSA AKMAL BT ZAIRI

"Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam apa kesannya jika sesuatu kerja dilakukan secara kerjasama. Program ini sangat best!" (5 BINTANG)
NUR SHAZWANI AZLIN BT. SHAMSUDDIN

"Saya telah dapat macam-macam pengajaran dan kakak-kakak serta abang-abang fasi kem ini baik-baik belaka. Macam-macam aktiviti yang menarik. Saya suka Kem Brilliant Students." (5 BINTANG)
NOORFARAH HIDAYAH BT. NOORAZMIR



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net