Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Jun-2008 08:00 Email | Share | Bookmark
Seminar PMR & SPM bersama Ibu Bapa SMK Khir Johari (28.6.08)

Jika dulu Speak Out berjuang di medan yang penuh dengan para remaja, kini ibu bapa pula yang menjadi peserta Seminar Persediaan PMR & SPM SMK Khir Johari. Para ibu bapa yang hadir bersama anak-anak mereka berkumpul di dewan sekolah jam 8 pagi bagi mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Saudara Badrul Sani.

Majlis ini juga dihadiri oleh wakil-wakil dari sekolah berdekatan seperti SMK Engku Husain, SMK Tmn Jasmin dan juga wakil-wakil PIBG sekolah berdekatan. Dengan kaedah baru dan santai, Saudara Badrul Sani telah membawa audiens untuk meneliti apakah ciri-ciri ibu bapa idaman. Di samping itu, beliau turut menetapkan 5 langkah untuk memperkasakan remaja dalam menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Saudara Badrul Sani juga sempat membimbing para remaja yang hadir dengan beberapa tips untuk menghadapi peperiksaan dengan cemerlang. Satu program yang unik, dan alhamdulillah berkesan. Para guru, ibu bapa dan pelajar berpuas hati dengan pengisian yang diberikan meskipun hanya 1 jam 15 minit kami bersama.

Tahniah kepada semua! Mari kita mengorak langkah menjadi ibu bapa perkasa!







Testimonial

"Simple dan senang difahami..."
YDP PIBG SMK Khir Johari

"Pendekatan yang baik, bahasa mudah, sesuai dengan isu semasa remaja dan ibu bapa. Tahniah dan syabas. Semoga kita boleh bekerjasama lagi di lain masa."
PN. HJH SARIPAH BT. SAMSUDDIN
PK HEM SMK Khir Johari

"Penyampaian / Bicara baik, mudah diterima oleh audiens. Objektif mudah tercapai kerana komunikasi yang baik."
KETUA GURU DISIPLIN
SMK TMN JASMIN 2

"He's talking from his heart. He is extraordinary."
MR. RAM
PROGRAM DIRECTOR & CONSULTANT OF DOUBLE VISION TRAINING CENTRE





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net