Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Jul-2008 08:00 Email | Share | Bookmark
Bengkel Gilap Bahasa Anjuran Dewan Bahasa & Pustaka (2 & 3.7.08)







Speak Out AMPAC sekali lagi mencipta sejarah apabila dijemput sebagai penceramah untuk Bengkel Pidato yang dianjurkan bersempena Program Gilap Bahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Bengkel anjuran bersama PPD Seberang Perai Utara & Tengah dan Persatuan Bahasa Melayu SMK Pokok Sena ini bermula pada 2 Julai dan tamat pada 3 Julai 2008.





Program Gilap Bahasa ini dibahagikan kepada tiga kategori yakni Bengkel Pidato, Bengkel Pantun dan Bengkel Penulisan Kreatif. Dan penceramah-penceramah yang dijemput hebat-hebat belaka. Antaranya Dato’ Abdul Rahman R, seorang pakar pantun yang cukup terkenal dalam dunia sastera dan Dr. Osman Ayob seorang pakar dalam dunia penulisan kreatif.



Bengkel 2 hari ini disertai oleh 100 orang pelajar daripada 14 buah sekolah sekitar Pulau Pinang dan 33 orang daripadanya menyertai Bengkel Pidato yang dipimpin oleh Saudara Badrul Sani. Sambil dibantu oleh Pn. Raidah dan Saudari Hajar, Bengkel Pidato ini telah berjaya membimbing para peserta memecahkan kepompong ketakutan dan seterusnya menerapkan tips-tips pidato yang hebat!

Dua hari kali ini merupakan dua hari yang cukup bermakna! Meskipun tidak lama, keberkesanannya jelas terutamanya apabila Speak Out’s S.W.O.T. dilaksanakan. Ada yang baru kenal dengan pidato juga sudah mampu berbicara dengan cemerlang!

Alhamdulillah bengkel ini sememangnya menjadi titik tolak perubahan para peserta ke arah menjadi pemidato gemilang. Tahniah kepada semua! Ingat, it’s all about your mind!





Testimonial Peserta

"Saya berasa begitu teruja untuk menyertai pertandingan pidato pada tahun hadapan kerana telah mendapat pelbagai bimbingan dan tunjuk ajar walaupun dalam masa dua hari saya berkenalan dengan dunia pidato. Saya begitu yakin akan keyakinan diri saya."
NURHAZWANI BT. ZAINOL
SMK Permatang Tok Labu

"Abg Badr seorang guru yang memberi semangat kepada diri saya. Beliau telah mengubah sikap saya daripada gementar kepada tidak gementar lagi. Melalui bengkel ini juga saya mempunyai ilmu dan tip-tip yang berguna untuk dipraktikkan."
NUR IZZATI ZAFIRAH BT. ZULKIPLI
SMK Bertam Indah

"Bagi pendapat saya, tentang bengkel pidato bersama Abg Badr nie memang best... apatah lagi Abg Badr byk memberitahu mengenai keyakinan diri, untuk atasi ketakutan sebabnya saya salah seorang yang gemuruh. Tips-tips yang Abg Badr beri insyaAllah akan saya gunakan di sekolah nanti. Dah lah tak boring langsung. Mmg best arr..."
NORANIS BT. HAMAD
SMK Kepala Batas

"Bengkel yang terbaik dan sempurna. Bengkel ini banyak membantu dan membina keyakinan saya untuk berjuang demi bangsa, agama dan negara. Thanks Abg Badr n Team. U R DA BEST!"
KHALIS SHAHIRAH BT. MOHD HAFIZ
SMK Datuk Hj Ahmad Badawi

Testimonial Guru


"Bengkel yang menarik. Tidak membosankan. Persembahan menarik dan penuh dengan humor."
PN. SAERAH BT. IBRAHIM
Guru SMK Sri Muda

"Bengkel dengan pendekatan yang sebenar sebagai pemidato. Bengkel yang menaikkan semangat peserta. Bengkel yang hidup dan menghidupkan!"
PN. SITI RATHIAH BT. NASIMAN
Guru SMK Kg Selamat

"Bengkel yang menarik. Persembahan yang tidak membosankan."
PN. AZIZAH OSMAN
Guru SMK Bakti

Testimonial Dewan Bahasa Dan Pustaka

"Berjaya membentuk pelajar untuk menjadi pemidato cemerlang."
PN. KHAIRIYAH GHAZALI
Pegawai DBP Wilayah Utara


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net