Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-Jul-2008 02:01 Email | Share | Bookmark
Seminar Brilliant Students SK Saujana Impian (11.7.08)

Bertempat di Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional, Seminar Brilliant Students kali ini bersama dengan para pelajar tahun 6 SK Saujana Impian. Dihadiri oleh 171 orang calon UPSR, seminar kali ini amat istimewa kerana ia menggabungkan beberapa elemen yang mencabar.

Pertamanya, Saudara Badrul Sani perlu menghangatkan keadaan dengan menyuntik motivasi sambil disulami dengan jenaka dan cerita menarik bersama pelajar yang tidak pernah bertemu dengannya.

Kedua, seminar ini juga diminta untuk dimasukkan unsur keinsafan dan kasih sayang kepada ibu bapa dan diri. Justeru, dalam tempoh dua jam, dewan menyaksikan bagaimana para peserta yang pada mulanya ketawa gembira kemudiannya menangis menitiskan air mata keinsafan di akhir program.

2 jam yang amat-amat bermakna untuk melahirkan Brilliant Students. Maaf kerana gambar para peserta menangis keinsafan tidak dapat ditayangkan kerana sebab-sebab tertentu. (Camerawoman tengah menangis sekali!). Dan di akhir program, bersama air mata yang mengalir, para peserta mencoretkan ikrar diri mereka, janji mereka untuk berubah!

Apapun, kami mengharapkan adik-adik SK Saujana Impian ini akan memulakan hidup baru yang bertunjangkan kepada fokus, bersungguh-sungguh dan memiliki kebergantungan yang tinggi kepada Yang Maha Esa.

Syabas kepada semua! It's all about your mind!











View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net