Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 19-Jul-2008 09:00 Email | Share | Bookmark
Kem Motivasi RIMUP 2008 (19.7.08)

R.I.M.U.P. atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan merupakan sebuah program bermatlamat untuk memperkukuhkan perpaduan dan semangat kekitaan di kalangan para pelajar yang datang dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa.

Dan yang menariknya, Speak Out telah diamanahkan oleh para pentadbir sekolah SMK Cheras Perdana, SMK Cheras Jaya dan SMK Perimbun untuk mengendalikan sepenuhnya Kem Motivasi RIMUP 2008.

Bertempat di SMK Cheras Perdana dan disertai oleh 60 orang pelajar terpilih, Kem Motivasi RIMUP 2008 ini telah berjaya mewujudkan satu suasana keluarga dan kekitaan yang mantap. Dengan meletakkan prinsip TEAMWORK MAKES THE DREAMS WORK, program ini diisi dengan pelbagai program dan aktiviti yang menarik dan menguji ketahanan serta kerjasama kumpulan.

Menggunakan modul Seminar Brilliant Students Special Edition, para peserta bukan sekadar seronok bersama rakan-rakan baru, mereka juga memperoleh pelbagai manfaat dan tips untuk menjadi pelajar cemerlang!

Tahniah kepada semua! Dan sentiasa ingat, TEAMWORK MAKES THE DREAMS WORK!!

















Testimonial Peserta

"Pada pendapat saya, program ini terdapat pelbagai faedah yang boleh kita perolehi. Bukan itu sahaja, teamwork juga berjalan dengan baik dan perpaduan antara kaum semakin erat."
SYAFARITAMALINA BT. SHAFIEE
SMK Cheras Jaya

"Amazing, fun, meaningful and excellent!"
WOON WOEI DER (VICTOR)
SMK Perimbun

"It's good 'seminar' which provide the effective and enjoyable way to attract students at what they are performing!!!"
HEMA PRIYA A/P MANI RAJOO
SMK Cheras Perdana

"Melalui seminar ini saya dapat mempelajari banyak idea seperti semangat berpasukan, bersatu padu, bekerjasama, tolong menolong dan lebih bersemangat untuk belajar dan mendapat 8A dalam PMR."
MOHD. ZUL SHAFIQ BIN NORDIN
SMK Perimbun

Testimonial Guru

"Aktiviti sangat menarik. Pelajar tidak bosan dan mengambil bahagian dengan aktif."
PN. MEGALAI NARANE
Guru SMK Cheras Jaya

"Bersemangat. Tidak mengantuk. Pelajar suka aktiviti yang dijalankan."
PN. NUR SYAHIDAH HUSSAIN
Guru SMK Perimbun

"Menarik. Perlu dikekalkan."
PN. FAIZAH IBRAHIM
Guru SMK Cheras Perdana


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net