Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 30-Aug-2008 14:00 Email | Share | Bookmark
Akademi Bijak Berbicara! Final Round! (30.8.08)



Akademi Bijak Berbicara telah sampai ke kemuncaknya! Pertandingan akhir Bijak Berbicara dilangsungkan di Metro Point Kajang dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Pn. Wasitah bt. Hj. Mohd Yusof, Timb. Ketua Pengarah, Bahagian Pembagunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan.



Majlis penuh gilang gemilang ini menyaksikan 8 orang remaja berentap dalam mempersembahkan pidato kemerdekaan dan ceramah motivasi yg dinamik. Diadili oleh para hakim yang cukup berpengalaman, para peserta dan juga audiens telah mempelajari pelbagai teknik untuk berbicara dengan cemerlang.

Setelah 2 pusingan mereka diuji, akhirnya muncullah johan Akademi Bijak Berbicara Musim Pertama, dari SAM Hulu Langat, seorang gadis cantik molek, Saudari Nurul Afiqah bt. Abd Ghaffar!!! Tempat kedua pula jatuh kepada Saudara Farzad b. Abd Jalil dari SAM Sg Merab Luar, dan tempat ketiga pula disandang oleh Saudara Ikmal Din bin Baharudin juga dari SAM Hulu Langat.















Tahniah kepada semua penuntut Akademi Bijak Berbicara!! Mari kita bangun bersama dan meneruskan misi kita yakni; MEMANUSIAKAN MANUSIA!







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net