Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 28-Mar-2009 20:11 Email | Share | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara bersama HPA (28.3.09)

MLM Training merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Speak Out AMPAC. Dan peluang ini digunakan sebaiknya oleh syarikat HPA untuk menjemput Saudara Badrul Sani untuk menyampaikan ceramah dan latihan pengucapan awam kepada pemimpin-pemimpin usahawan mereka.



Diadakan di Excel Training Resort, Broga, ceramah ini membimbing para peserta dalam menjadi seorang usahawan yang bijak berbicara. Menggunakan formula-formula yg telah terbukti berkesan, Saudara Badrul Sani pada malam itu berjaya menyuntik semangat, memupuk kemahiran berbicara dan menjulang motivasi para usahawan Muslim HPA.





Para peserta sememangnya sporting dan memiliki minat yg tinggi untuk mempertingkatkan diri. Ini memudahkan lagi seminar dan menyemarakkan lagi kehangatan Seminar Bijak Berbicara.



Tahniah kepada semua dan maaf kepada yg tidak berkesempatan untuk membeli buku Bijak berbicara Mencuit Rasa kerana stok sudah pun habis. Semoga terus berjaya dalam perniagaan dan perjuangan anda semua!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net