Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 21-May-2009 02:33 Email | Share | Bookmark
Seminar Wanita Di Mata Lelaki, IPPT USM (21.5.09)

Buat pertama kalinya Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM Kepala Batas menjemput saudara Badrul Sani untuk berkongsi idea, pendapat dan pengalaman bersama kakitangan institut tersebut di Penang Golf Resort, Kepala Batas.

Dengan tajuk yang cukup menarik ; "Wanita di Mata Lelaki, Wanita Sukar Dimengerti...?" para peserta telah dibawa pemikiran mereka bersama Saudara Badrul Sani tentang sebab-sebab wanita berbeza dgn lelaki dan bagaimana untuk meraikan perbezaan tersebut.

Disulami senyuman dan tawa peserta, Saudara Badrul Sani yang dibantu oleh Puan Raidah Khalisah membongkar 3 perbezaan utama yang menyebabkan wanita berbeza dengan lelaki. Dan tips-tips praktikal yang menarik untuk menyesuaikan diri dengan wanita turut dikongsi bersama! 2 jam berlalu tanpa dirasa dan yang paling penting, ilmu di dada dan minda turut meningkat bersama.

Program 2 hari ini juga dihadiri oleh pakar-pakar motivasi yang lain seperti Dr. Robiah K. Hamzah, Saudara Fadzli Yusof, Saudara Amin Idris, Saudara Osman Affan dan Saudara Suzardi Maulan.

InsyaAllah, ada rezeki kita berjumpa lagi!












View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net