Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 4-Aug-2009 11:00 Email | Share | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara Wanita ISMA (4.8.09)

Wanita ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) telah menghantar beberapa orang wakil untuk menyertai seminar intensif bijak berbicara bersama Speak Out AMPAC.

Ia merupakan sebuah seminar yang menggabungkan perkongsian teori dan pelaksanaan latihan-latihan praktikal bersama Saudara Badrul Sani dalam aspek seni berbicara. Bermula jam 11pagi dan tamat pada pukul 5 petang, seminar ini berjaya membuka minda para peserta tentang betapa mudahnya untuk cemerlang berbicara di hadapan audiens dan betapa cepatnya seseorang itu boleh mengatasi masalah takutnya untuk bercakap di depan orang ramai.

Dengan bilangan peserta yang sedikit, seminar ini berjaya memberikan fokus eksklusif kepada setiap orang yang hadir. Pelbagai analisa dibuat dan setiap penilaian membantu mereka dalam memperbaiki dan meningkatkan mutu seni bicara masing-masing.

Terima kasih kerana mempercayai Speak Out AMPAC. Semoga Wanita ISMA terus maju dan maju.









"Seminar ini amat menarik, bermanfaat, banyak info. Latihan amali yang diadakan banyak membantu. Slot yang diadakan tidak menjemukan, dua hala. Menambahkan keyakinan untuk berbicara selepas ini."
USTAZAH NORLIDA BT. KAMARUDIN

"Merupakan seminar yang cukup bagus dan saya tunggu sekian lama. Kelemahan dari sudut meyakinkan diri untuk bercakap dapat diatasi. Banyak tips berharga yang boleh memajukan diri untuk terus bijak berbicara."
USTAZAH ZULIKHA ALI


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net