Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah Darul Aman telah menjemput Saudara Badrul Sani untuk bersama-sama dengan para mahasiswa dan mahasiswi jurusan perbankan Islam dan pemasaran dalam Seminar Bijak Berbicara!
Seminar setengah hari ini berjaya menjawab pelbagai permasalahan yang dilalui oleh mahasiswa dalam menjadi modal insan berminda kelas pertama khususnya dalam aspek komunikasi dan kerjaya. Bersama dengan para pelajar yang sporting dan selamba, seminar ini sememangnya meriah dan sekaligus membuang rasa takut dan malu mereka yang kurang yakin berbicara.
InsyaAllah, jika ada rezeki, kita bakal bertemu lagi! All the best UiTM Kedah!