Best! Itulah perkataan yang diungkapkan oleh peserta yang hadir ke Seminar Asas Bijak Berbicara yang diadakan baru-baru ini di AMPAC. Program yang lebih bercorak santai (maklumlah hari Ahad), dan ekslusif ini berjaya membuka minda dan hati para peserta tentang persoalan-persoalan asas seni berbicara.
Pelbagai golongan yang hadir pada hari tersebut. Penuntut GMI, Pelajar Master UKM, Usahawan Fusion Excel, Usahawan HLM, Pegawai Kerajaan, Pegawai Korporat dan Jurulatih Membina Facebook.
Yang menariknya, Saudara Badrul Sani telah mengaitkan semua yang dipelajari dengan situasi peserta masing-masing. Dan ini amat memudahkan pemahaman dan penghayatan mereka sepanjang seminar.
Alhamdulillah, ada yang rasa tak puas dan ingin menyambung lagi latihan ini dalam kumpulan yang lebih kecil. InsyaAllah ini mampu membantu lagi insan lain untuk terus cemerlang dalam dunia seni berbicara.
Tahniah kepada semua!! Dan terima kasih kepada Fusion Excel kerana menaja Seminar Asas Bijak Berbicara!