Seminar Pengenalan Dunia Berbicara SDAR (22.10.09)
Untuk kesekian kalinya, Saudara Badrul Sani dijemput ke Sekolah Dato Abdul Razak, SDAR. Cuma kali ini agak berbeza, kerana amanah yang dipikul adalah untuk memperkenalkan dunia berbicara yang meliputi Pidato, Debat dan Forum.
Seminar yang dihadiri oleh 160 orang pelajar tingkatan 3 ini telah berjaya membuka minda peserta untuk mencuba sesuatu yang baru. Dan alhamdulillah, program 2 jam dirasakan seperti setengah jam dan para peserta tampak begitu teruja dengan segala pembentangan serta aktiviti yang dilakukan!
Tahniah kepada semua! Ingat, jangan takut untuk mencuba. It's all about your mind!!