Seminar Bijak Berbicara Kolej Dar Al-Hikmah (28.10.09)
Kolej Dar Al-Hikmah telah menjemput Speak Out AMPAC untuk berkongsi dan membimbing para penuntut kolej tersebut dalam menguasai kemahiran berbicara yang berkesan.
Diadakan di Dewan Syura KDH, seminar ini berlanjutan hingga hampir jam 12 tengah malam atas permintaan para peserta yang sememangnya ceria dan mahukan ilmu.
Pelbagai perkara dikongsi dan tips diberi supaya generasi muda ini akan hidup sebagai manusia yang pintar akalnya dan cemerlang kemahiran insaniah mereka!