Untuk tahun 2009, ini merupakan kali terakhir Speak Out AMPAC berkunjung ke SDAR. Berlainan dengan sesi-sesi terdahulu, latihan kali ini memberikan peluang kepada peserta untuk beraksi. Pertandingan saringan ini diadakan bagi mencari 5 kumpulan yang terbaik bagi berentap untuk pusingan yang berikutnya!
Walaupun banyak kelemahan, Saudara Badrul Sani dalam nasihatnya percaya bahawa mereka semua mampu untuk menjadi jauh lebih baik. Dengan syarat, latihan perlu konsisten!