Speak Out's FotoPages
Seminar, Motivasi, Komunikasi, Study Skills, Tempahan di http://badrulsani.com/tempahanseminar/tempahanseminar.html
By: Speak Out TMS

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 19-Apr-2011 09:00 Email | Share | Bookmark
Seminar Bijak Berbicara Wanita ISMA Perak (19.4.2011)

ISMA Cawangan Perak menerusi sayap Wanita ISMA, menganjurkan program Seminar Bijak Berbicara bersama Sdr. Badrul Sani. Dihadiri oleh hampir 50 orang aktivis daripada pelbagai lapisan masyarakat, seminar ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pemidato dan pembicara gemilang untuk menjadi jurucakap Islam yang berkredibiliti.

Yang menariknya juga, program ini diadakan di MAP Training Center di Ipoh. Motivasi Alihan Pelajar, satu nama yang cukup gah dan berjasa dalam dunia motivasi Malaysia. Infrastrukturnya cukup menarik dan kondusif untuk program-program motivasi. Pastinya Sdr. Badrul Sani gembira kerana dapat berbicara di pentas yang sama digunakan oleh Dr. Tengku Asmadi dalam program-program MAPnya.

Mudah-mudahan seminar ini tidak berhenti di sini sahaja dan diteruskan usaha melahirkan pendakwah ini pada masa yg mendatang.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net